Isnin, 5 April 2010

6 Kerja Tattoo dan Menindik yang Bisa Membuat Anda Resah.

Aku tertanya jugak kat diri sendiri, apa yang membuatkan diorang ni buang tebiat nak bertattoo dan bertindik macam ni?
Tapi bila tengok cara diorang posing, muka semua seolah olah beri statement "Aku Cantik..."
Ish... Aku boleh terima lagi kalau tindik satu dua kat mata atau telinga; atau tattoo kat dalam seluar lengan, tangan - tapi ni... dah tattoo satu badan! Hey, ink tu tak boleh dibasuh tau!

Apa apa pun, berikut adalah beberapa tattoo dan kerja menindik yang bisa buat anda kecut perut dan resah...

1) The Lizardman.


Alahai, dah tak macam orang dah aku tengok... Sian...
Selain tattoo dan bertindik, mamat yang bernama Eric Sprague, atau nama glemer beliau The Lizardman (Cicak Man?) dah alter macam macam - termasuklah menajamkan giginya, potong hujung lidah biar nampak bercabang, dan tanam plat besi kat dahi (orang putih panggil sub-dermal implant).
Hadoi, buat tattoo satu badan tak cukup ke weh? Terbaru ni beliau ada berura-ura nak buat pembedahan tambah ekor...
Nak sangat jadik cicak? Meh aku lestik macam aku lestik cicak kat rumah aku...


2) Dennis Anver a.k.a The Stalking Cat.

Kiut kan I, macam kucing. Nampak manja kan?

Wah... ko ingat chantek sangat la. Konon kononnya semanja kucing la ni? Ei, dah macam hantu Siam dah.
Mamat ni dengan gigih nak menukarkan seluruh badan jadi 100% kucing. Dan dia dah pasang ekor yang boleh bergerak gerak sebab dicantumkan kat tulang belakang.
Mesti suka makan Friskies ni... Tu yang otak biol sket.

3) Katzen The Tiger Lady.

I nak cadangkan semua wanita ikut cara I, kurang skit kes rogol.

Ni lagi sorang... Kak, ko salah tafsir kot pepatah orang kata seksi persis kucing... Ni dah macam mimpi seram kanak kanak dah aku tengok... Malahan, aku rasa aku penah mimpi hantu macam ni lah, waktu aku kecik kecik dulu.
Misau palsunya di sambungkan menggunakan kaedah bertindik.



4) Pauly Unstoppable.

Hmm... tak tau la nak ulas macam mana lagi. Aku rasa, dia ni senang nak dapat kerja. Antaranya ialah, ambik upah sangkut payung kat telinga. Dan yang bestnye, saudara Pauly ni akan rasa lebih masyuk bila nak korek hidung. Kalau dulu guna jari, sekarang, nak korek hidung pakai marker pen pun boleh.

5) Elaine Davidson: The Queen of Piercings.

Berbekalkan 6000 subang di serata badan, makcik ni rasa anggun dan chantek.
Sebenarnya, bijak jugak cara makcik ni. Aku cadangkan dia menceburkan diri bidang perniagaan bergerak, jual aksesori wanita.
Hey, aku jamin, kalau makcik ni sergah aku, mau aku tertumbuk sebab terkejut. Jangan lupa beli spray anti karat ye kak!

6) Body Corset.
Hmmm nampak memang cool dan menarik sangat. Ala ala Lady Gaga dan Pusat Dominatrix Lady Heather. Eii... nampak tak kulit dia tertarik terik?
Siapa yang nak tolong dia ikatkan tali tu hari hari?
"Dik, tolong ikatkan tali badan akak ni boleh tak?"

What a freaky world, I must say...

Jumaat, 2 April 2010

Bedah Plastik dan Jiwa Kacau.

Sekarang ni pembedahan plastik, suntik sana, suntik sini dah jadi macam trend pulak. Tengok je la muka muka artis dan tokoh politik, membuatkan kita tertanya tanya macam mana la muka diorang boleh jadi flawless macam tu?
(Jawapan cliche ye: "Akak amalkan makan sayur sayuran
, air sembahyang 5 kali sehari...") Hehehe.
Dalam sibuk sibuk nak mencantikkan diri, nak tukar dari kendur ke tegang, dari kecik ke besar, baik kita renung renungkan dan tengok kisah kisah terlampau plastic surgery
.
Kau tak suka entry kali ni? Pedulik hape! Bebas!

Kisah #1:
Wanita kecewa cinta, bedah muka jadi macam Jessica Alba
untuk memenangi semula hati bekas boyfriend.


Kisah akak ni memang hot di media China suatu ketika dulu, hinggakan Jessica Alba sendiri memberi nasihat kat akak ni untuk tinggalkan boyfriend tak guna tu!!!

Iaoqing ni tau yang boyfriend dia minat Jessica Alba, so dia keluarkan ribu riban dari akaun untuk bedah muka kasi nampak macam Jessica Alba.
Masa masih bercouple, boyfriend dia memang selalu suruh dia pakai rambut palsu, kasi nampak macam Jessica Alba, hinggakan waktu nak tidur.
Come on, sister! Tinggalkan je la mamat tu. Tak berbaloi...

sumber: http://shanghaiist.com/2010/01/27/crazy_shanghai_girl_wants_free_face.php


Kisah #2:
Pasangan kembar bayar £60,000 untuk lihat 100% serupa.


Ni memang kerja bodoh. Adoi... Baik ko beri aku duit tu. Aku pun tengah nak beli rumah ni...


Bawah ni ada lagi gambar gambar jiwa kacau pembedahan plastik yang aku malas nak huraikan. Tengok je la gambar tu. Bebas!

Kes # 3:
Wanita sanggup berhutang untuk pembedahan plastik agar nampak macam Ratu Mesir Nefertiti.


Kes # 4:
Makcik tua alter badan untuk serupa watak Jessica dalam kartun Roger Rabbit.


Hasilnya tak membanggakan la makcik... Nampak macam pornstar drag queen pulak...
Baik guna duit tu untuk beli tapak kubur ke... Keranda ke... Keranda sekarang memang mahal. T

Kes #5:
Lagi sorang makcik habiskan duit untuk nampak macam Barbie Doll.


Sekarang, senyuman makcik memang plastik sangat!


Kes#6:
Lolo Ferrari dengan buah dada tembikainya.

Lolo Ferrari memang dah addicted dengan pembedahan plastik, semua dia ubah - buah dada, bibir, mata, pipi...
Tapi dia ni terkenal dengan pembedahan melampau buah dada - dikatakan sebelah buah dada Lolo sahaja sudah mencapai berat sebiji bola bowling!
Lolo mengambil dadah untuk menghilangkan rasa sakit, dah akhirnya mati sebab overdose.
(Ok, para jejantan, sila tutup mulut yang ternganga, dan lap air liur tu ye..)

Kes#7:
Amanda Lepore - Penukaran jantina yang drastik!

Dia ni asalnya lelaki, menukar jantina dengan alasan nak ceburi industri hiburan (burlesque, kot?).
Last last, dia rasa, alang alang dah tukar jantina, biar aku ubah semua supaya lebih chantek dari perempuan perempuan tulen - mata, hidung, bibir (dah macam benda lain pulak aku tengok bibir dia ni...)
Chantek ke kak Amanda?